Skip to main content

Cara Hilangkan Eyebag Kedut Bawah Mata Dengan Mudah Dan Pantas

Cara Hilangkan Eyebag Kedut Bawah Mata Dengan Mudah Dan Pantas

Mata memandang, mata menggoda matalah punca utamanya. Dari mata turun & jatuh ke hati, betapa kuatnya kuasa mata. Mata yang terlampau berkedut pun akan membuatkan wajah nampak lebih kusam dan penat dan ianya tidak bagus untuk keyakinan diri dan lain-lain.

Selalunya kedutan yang muncul pada bahagian bawah mata adalah tanda kulit korang begitu kering. Kulit kering acap kali menjadi salah satu sebab tumbuhnya kedutan, selain daripada itu, hakikatnya mungkin usia korang telah meningkat.

Jika korang ada duit lebih, boleh pergi meninjau mana-mana pusat kecantikan yang ada kemudahan laser bagi menegangkan semula kulit di bawah mata tu. Tetapi kalau modal kurang? Ada beberapa cara senang yang boleh korang amalkan di rumah untuk menghapuskan kedut bawah mata tu sebenarnya.


(1) Krim Mata

Pakai krim atau serum yang memang khas untuk sekitar permukaan mata. Manfaat krim atau serum ini adalah sebagai pelembap semulajadi supaya kulit sekitar mata halus dan boleh melambatkan kedutan. Untuk hasil yang optimum, krim khusus mata perlu dipraktikkan setiap malam sebelum tidur. Gosok secara perlahan-lahan pada kedua mata supaya krim mata tersebut sampai meresap ke bahagian kulit mata yang amat sensitif dan nipis lapisan kulitnya. Ratakan krim secara perlahan akan membuat krim menyerap sempurna pada kulit pada sekitar mata.

(2) Tepung Beras

Sediakan tepung beras, campur dengan susu atau air mawar, kacau sehingga sebati. Selepas itu, sapu pada seluruh wajah, tinggalkan ia sehingga 20 minit, kemudian cuci sampai bersih. Berkesan untuk melicinkan kedutan di bawah mata atau mana-mana permukaan lain di wajah.

(3) Nenas

Nenas memiliki kandungan vitamin C, buah nenas juga efektik untuk menghilangkan kedutan di permukaan bawah mata. Pakai isi buah nenas untuk diratakan pada bahagian kulit wajah korang (khususnya bahagian mata). Tunggu selama 10 minit sebelum cuci menggunakan air bersih atau, korang boleh jadikan jus dan guna sebagai masker.

(4) Suplemen vitamin E

Vitamin E membantu menghilangkan dan mengelakkan kedutan pada kulit. Ini kerana ia adalah sejenis antioksidan dan minyak daripada vitamin E ni menolong melembapkan epidermis yang kering. Sebelum tidur, hancurkan kapsul vitamin E dan ambil minyaknya, ratakan pada persekitaran kedutan untuk mendapatkan perubahan yang pantas.

(5) Masker putih telur

Cuci wajah sebersih-bersihnya. Asingkan bahagian putih dan kuning telur.  Kita hanya akan memakai bahagian putih sahaja. Tutup mata sebelah kanan anda dan tekankan kapas yang sudah dicelup ke dalam putih telur, selepas itu tekan persekitaran mata dengan jari tengah dan telunjuk. Tunggu beberapa minit, sehingga putih telur mengering dan korang akan dapat rasa permukaan kulit kelopak mata tertarik. Selepas itu, angkat kapas dan bersih dan bilas wajah dengan air bersih. Praktikkan hal ini secara kerap, mesti kedutan di mata korang akan makin berkurang.

(6) Grape Seed Oil

Minyak grape seed mengandungi kualiti untuk melembapkan kulit, khususnya untuk kulit di sekeliling mata dan juga untuk menghindarkan diri dari masalah parut. Minyak grape seed amat kaya dengan antioksidan (proanthocyanidins), ia boleh membantu untuk memperlahankan proses penuaan, salah satunya yang disebabkan oleh kedutan di persekitaran mata ni.

(7) Susu + Madu

Letakkan 4 sudu susu segar bersama dengan madu 2 sudu makan serta air panas. Campurkan kesemuanya dan lumur pada wajah, termasuk pada kawasan bawah mata. Tunggu selama 10 minit. Teknik ini boleh melembapkan kulit muka dan bahagian persekitaran bawah mata.

(8) Uncang Teh

Selepas minum teh, korang jangan buang uncang itu kerana ada manfaatnya untuk kulit muka. Kedutan di bawah mata juga boleh dihapuskan secara berkesan dengan guna uncang teh celup ini. Pakai 2 uncang teh, letakkan di kawasan mata. Untuk dapatkan perubahan yang lebih efektif, korang boleh simpan uncang teh itu terlebih dahulu di dalam peti ais di rumah. Korang akan rasa segar pada mata nanti.

(9) Timun

Selain meletakkan potongan timun pada mata, korang juga boleh kisar timun tersebut dan lumurkan pada bahagian mata. Ianya agak cair dan mesti berhati-hati.

(10) Epal

Buah epal boleh menjadi penyelamat untuk kulit wajah anda yang mulai nampak berkedut, khususnya di kawasan bawah mata. Rebus epal terlebih dulu, kemudian lenyek dan hancurkanlah dengan memakai garpu. Tambah satu sudu makan madu dengan susu kemudian tumbuk hingga sebati dan jadikannya sebagai masker. Lumurkan di seluruh kawasan muka dan tinggalkan sehingga 15 minit sebelum membilasnya dengan air bersih.

(11) Daun Pudina

Sediakan beberapa helai daun pudina, putih telur dengan sedikit jus lemon kemudian blend. Selepas itu, simpan bahan blend di dalam peti sejuk sehingga 10 minit sebelum dilumurkan pada raut wajah.

(12) Minum Air

Air putih adalah bahan paling sederhana yang mengandungi banyak khasiatnya untuk menjadikan kulit sentiasa terhidrat. Kalau nak kulit sentiasa dalam keadaan lembap, korang kena minum 8 gelas air putih setiap hari supaya tubuh dan kulit selalu terhidrat. Korang juga boleh menggunakan air putih yang dibekukan menjadi ais dan sapu pada kawasan mata untuk kesegaran dan kurangkan kedutan pada kulit.

(13) Sinaran Matahari

Korang perlu juga menggunakan sunblock atau krim pelindung cahaya matahari apabila keluar dari rumah. Pelindung matahari bukan sahaja membantu melindungi kulit wajah tetapi turut menjaga mata dari berkedut. Memakai kaca mata hitam mahu pun topi juga penting bagi menapis sinar matahari dari terus sampai ke bahagian kulit dan mata.

Comments